Pages

Ciri-ciri umum ekonomi Islam

Ciri-ciri umum ekonomi Islam adalah melibatkan aspek-aspek berikut:

i .Aktiviti ekonomi yang tidak bercanggah dengan syarak adalah sebahagian daripada tuntutan Fardhu Kifayah. Oleh itu, kegiatan ekonomi haruslah diasaskan kepada dua prinsip iaitu : 

  • Aqidah : Kepercayaan kepada Allah kerana segala kegiatan adalah di bawah penguasaan-Nya dan mempunyai niat yang satu iaitu mencari keredaan Allah semata-mata. 
  • Syariat : Segala kegiatan ekonomi haruslah menurut peraturan yang telah digariskan oleh Islam. Ini bermaksud kegiatan ekonomi adalah bersifat pengabdian diri kepada Allah dengan hanya mengharapkan balasan baik daripadaNya sahaja. 


ii. Kegiatan ekonomi Islam mempunyai cita-cita luhur, iaitu berusaha untuk mencari keuntungan individu di samping melahirkan kebahagiaan bersama bagi masyarakat. Dengan cara ini, gejala-gejala buruk dan tidak berakhlak dapat diatasi seperti sikap mementingkan diri sendiri, menipu, monopoli dan juga persaingan yang tidak sihat. 

iii. Aktiviti-aktiviti ekonomi Islam sentiasa diawasi oleh syariat Islam dan pelaksanaannya dikawal pula oleh pemerintah

iv. Ekonomi Islam menseimbangkan antara kepentingan individu dan masyarakat. Dengan cara ini seseorang individu itu tidak bebas mencari keuntungan terlalu maksimum iaitu dengan jalan yang tidak sepatutnya kerana dia perlu mengambil kira peraturan Islam dan keadaan hidup masyarakat yang lain

Kesimpulan

Islam sebagai sistem hidup yang lengkap dan sempurna telah mengetengahkan satu bentuk ekonomi dan kewangan yang ideal demi menjamin keuntungan individu dan masyarakat secara serentak. Pelaksanaan sistem ekonomi Islam secara sepenuhnya membawa kearah keamanan dan keadilan sosial. prinsip pegangan dalam ekonomi Islam ialah Allah (s.w.t) sebagai empunya mutlak segala harta kekayaan, manusia pula bertindak sebagai pihak pengusaha yang menjalankan amanah dengan baik , mengamalkan dasar terbuka, tolong-menolong dan bekerjasama dalam masyarakat. Pelaksanaan sistem ini lebih penting lagi menjauhkan manusia dari kemurkaan Allah (s.w.t) dan penyakit hati seperti dengki, khianat, pergaduhan dan kezaliman yang kesannya akan merugikan umat Islam sendiri secara keseluruhannya.

Pembangunan Ekonomi - Bank Islam

Bank Islam



  • Hasil usaha bersungguh-sungguh ulama’ Islam yang ingin memastikan umat bebas dari belenggu riba , maka lahirlah Bank- bank Islam dibeberapa buah negara seperti berikut:
                             a. Bank Islam Dubai(1975).

                             b. Bank Islam Faisal, Mesir(1977) .

                             c. Bank Islam Faisal, Sudan (1978) .

                             d. Bank Kewangan dan Pelaburan Islam , Jordan (1978) .

                             e. Bank Islam Bahrain (1979) f. Bank Islam Abu Dhabi ( 1980).


  • Ciri-ciri penting yang terdapat pada Bank Islam adalah seperti berikut: 
                            a. Aqidah Islamiah sebagai asas segala aktiviti.

                            b. Pelaburan untung bersama sebagai nadi dan daya penarik .

                            c. Pembangunan sebagai peranan dan perkhidmatan .

                            d. Positif sebagai tenaga dinamik .

                            e. Sosial sebagai motif ke arah keadilan dan perimbangan .

                            f. Aneka jenis sebagai jawapan terhadap cabaran semasa.

Pembangunan Ekonomi - Matawang




  •  Sebelum zaman Islam, matawang Rom dan Parsi telah digunakan
  •  Matawang Rom berupa dinar emas manakala mata wang Parsi berupa dinar perak
  •  Sejarah pembentukan matawang Islam bermula semasa era pemerintahan Umar al-Khattab. pada ( 634-644M ) 
  •  Manakala khalifah Ali bin Abu Talib merupakan orang pertama mengadakan pembaharuan mata wang Islam yang dilakukan pada tahun 660 Masihi di Kota Basrah. 
  • Khalifah Ali telah memperkenalkan mata wang Islam yang ditulis dengan khat khoufi
  • Khalifah Abdul Malik bin Marwan telah mencipta dinar emas dan dirham perak yang berunsur Arab Islam yang dicetak di Damsyik pada tahun 695 Masihi. 


Peranan Mata Wang

  • Pembayaran Zakat :
Kewajipan zakat disebutkan dalam al-Quran Nisab dan kadar zakat ditentukan dalam hadisJenis-jenis zakat seperti zakat perniagaan, emas, perak dan sebagainya.
  • Pembayaran cukai :
Kadar cukai yang dibayar oleh umat Islam dan bukan Islam berdasarkan mata wang dirham. Contoh cukai Kharaj ialah 10 dirham bagi setiap unit tanah pertanian
  • Urusan perniagaan :
Sejak zaman Rasulullah lagi semua urusan perdagangan, jual beli, hutang dan sebagainya mengikut nilaian mata wang bukannya sistem barter
  • Belanjawan :
Penentuan belanjawan seperti gaji, elaun, simpanan baitulmal, sewaan, cukai tahunan dan sebagainya berdasarkan mata wang. Contoh bayaran gaji tentera kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiah   
  •  Lambang Negara Islam :
Mata wang menjadi artifak penting sebagai bukti keislaman sesebuah negara.Mata wang menjelaskan agama, sistem pemerintahan dan pentadbiran serta pengaruh yang diterima oleh sesebuah negara. 

Sumbangan Ekonomi Islam terhadap Peradaban Dunia


TERHADAP
  • Penubuhan Baitul Mal zaman Umar al-Khattab, ini adalah berikutan dengan penaklukan wilayah yang sangat luas yang seterusnya mendatangkan hasil dalam bentuk wang yang begitu banyak.

  • Sumber Baitul Mal pada zaman Umar al-Khattab boleh dibahagikan seperti berikut:.
                       

  • Zaman Bani Umaiyyah sumber kewangan terpenting adalah kharaj(cukai tanah). Ini disebabkan perluasan jajahan takluk Islam telah sampai ke Afrika, Rom dan Constantinople, disamping sumber pendapatan lain seperti zakat, ghanimah, fai’ dan jizyah.
    *Kharaj Terbahagi kepada 3:
    1)Masahat/Wazilah-Bayar ikut keluasan Tanah
    2)Muqasamah-Bayar berdasarkan jumlah tanaman
    3)Ihtizam
  • Zaman Abbasiyyah, Kota Baghdad menjadi tempat paling strategik dan terpenting sebagi pusat perdagangan Timur dan Barat. 
  • Khalifah al-Mahdi(158H) telah memperkenalkan sistem ’Muqasamah’ (perkongsian) ke atas hasil pertanian di Iraq. 

  • Pada zaman keemasan Bani Abbasiyyah iaitu pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid(170-193H), pembangunan negara terus mencapai peringkat tinggi sehingga Kota Baghdad menjadi pusat tumpuan ilmu dan perdagangan di kawasan Asia dan Eropah. 

  • Menurut al-Tabari, ketika zaman pemerintahan Harun al-Rasyid harta terkumpul dalam Baitul Mal berjumlah 900 juta dirham(180 bilion sekarang) 


Definisi Ekonomi

“Suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan tuntutan syariah sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.”  
Menurut Ensiklopedia Bank-bank Islam, ekonomi ialah satu ilmu yang menjadi perantaraan bagi manusia menggunakannya untuk memenuhi keperluan duniawi dan masyarakat selaras dengan ketentuan-ketentuan yang telah digariskan oleh syarak.


Firman Allah SWT:   ا ٰ وَبِّ ٱلر َمَّرَحَ و َعۡ ۚ يَبۡ ٱل ُ َّٱللَّ َّلَحَأَو “ Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan telah mengharamkan riba”. (al- Baqarah :275)   
Firman Allah : 

 َ أ ٰٓ َّ لاِ إ ِلِطٰـَبۡٱلِ م ب ُڪَنۡ يَ م ب ُكَٲلَوۡ مَ ا  أ ٰٓ وُلُڪۡأَ ت َ ۡ وا  لا ُنَامَ ء َينِذَّ ا ٱل َهُّيَأٰٰٓـَي مُنكِّ م ٍ۬ اضَرَ ن ت َ ع ًةَرٰـَجِ ت َونُكَ ن ت ۚ  ۡ مُكَسُُنَ ا  أ ٰٓ وُلُتۡ قَ ت َ َ َّ ۚ لاَ و ٱللَّ َّنِ إ اًٍ۬يمِحَ ر ۡ مُكِ ب َانَك “ 

Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (ambil) harta di kalangan kamu dengan cara yang batil (tidak betul) melainkan hendaklah dengan jual beli yang dipersetujui antara kamu”. ( al-Nisa’ : 29 )  


Pengenalan Ekonomi

Ekonomi Islam merupakan aktiviti manusia dalam urusan perniagaan, urus tadbir kewangan dan pengurusan sumber manusia yang berasaskan kehendak Ilahi. Konsep Rububiyyah wujud dalam ekonomi Islam. Ia bertujuan menekankan bahawa Allah SWT sebagai penguasa yang telah membuat peraturan muamalah bagi memelihara kehidupan makhluk demi kebahagiaan dunia dan akhirat.   

Ekonomi Islam turut menekankan konsep tazkiyyah yang bertujuan untuk membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak melalui pembersihan harta dengan mengeluarkan zakat dan bersedekah. Pembersihan jiwa dapat dibentuk dengan mengikis sifat bakhil dan kedekut, tamak haloba dan eksploitasi kepada sifat pemurah dan dermawan, zuhud dan qana’ah serta kompromi dan pengagihan sama rata serta sikap saling kerjasama dan bantu membantu. Pembersihan interaksi dan kemanusiaan dapat diwujudkan dengan peluang-peluang yang sama rata di dalam aktiviti ekonomi atas jalinan silaturrahim tanpa ada unsur-unsur pilih kasih ataupun kerana darjat.
   
Konsep manusia sebagai khalifah Allah adalah membawa erti manusia merupakan pemegang amanah yang perlu memakmurkan dunia dengan unsur- unsur tauhid dan Rububiyyah. Dunia dan harta kepunyaan manusia bukanlah bersifat mutlak, bahkan ia adalah ujian dan amanah Allah SWT. Kesedaran pemilik secara ini akan menjadikan manusia mengurus pemilikannya secara yang diredhai oleh Allah SWT.