Pages

Ciri-ciri umum ekonomi Islam

Ciri-ciri umum ekonomi Islam adalah melibatkan aspek-aspek berikut:

i .Aktiviti ekonomi yang tidak bercanggah dengan syarak adalah sebahagian daripada tuntutan Fardhu Kifayah. Oleh itu, kegiatan ekonomi haruslah diasaskan kepada dua prinsip iaitu : 

  • Aqidah : Kepercayaan kepada Allah kerana segala kegiatan adalah di bawah penguasaan-Nya dan mempunyai niat yang satu iaitu mencari keredaan Allah semata-mata. 
  • Syariat : Segala kegiatan ekonomi haruslah menurut peraturan yang telah digariskan oleh Islam. Ini bermaksud kegiatan ekonomi adalah bersifat pengabdian diri kepada Allah dengan hanya mengharapkan balasan baik daripadaNya sahaja. 


ii. Kegiatan ekonomi Islam mempunyai cita-cita luhur, iaitu berusaha untuk mencari keuntungan individu di samping melahirkan kebahagiaan bersama bagi masyarakat. Dengan cara ini, gejala-gejala buruk dan tidak berakhlak dapat diatasi seperti sikap mementingkan diri sendiri, menipu, monopoli dan juga persaingan yang tidak sihat. 

iii. Aktiviti-aktiviti ekonomi Islam sentiasa diawasi oleh syariat Islam dan pelaksanaannya dikawal pula oleh pemerintah

iv. Ekonomi Islam menseimbangkan antara kepentingan individu dan masyarakat. Dengan cara ini seseorang individu itu tidak bebas mencari keuntungan terlalu maksimum iaitu dengan jalan yang tidak sepatutnya kerana dia perlu mengambil kira peraturan Islam dan keadaan hidup masyarakat yang lain

No comments:

Post a Comment