- Sebelum zaman Islam, matawang Rom dan Parsi telah digunakan.
- Matawang Rom berupa dinar emas manakala mata wang Parsi berupa dinar perak.
- Sejarah pembentukan matawang Islam bermula semasa era pemerintahan Umar al-Khattab. pada ( 634-644M )
- Manakala khalifah Ali bin Abu Talib merupakan orang pertama mengadakan pembaharuan mata wang Islam yang dilakukan pada tahun 660 Masihi di Kota Basrah.
- Khalifah Ali telah memperkenalkan mata wang Islam yang ditulis dengan khat khoufi.
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan telah mencipta dinar emas dan dirham perak yang berunsur Arab Islam yang dicetak di Damsyik pada tahun 695 Masihi.
Peranan Mata Wang
- Pembayaran Zakat :
Kewajipan zakat disebutkan dalam al-Quran Nisab dan kadar zakat ditentukan dalam hadis. Jenis-jenis zakat seperti zakat perniagaan, emas, perak dan sebagainya.
- Pembayaran cukai :
Kadar cukai yang dibayar oleh umat Islam dan bukan Islam berdasarkan mata wang dirham. Contoh cukai Kharaj ialah 10 dirham bagi setiap unit tanah pertanian
- Urusan perniagaan :
Sejak zaman Rasulullah lagi semua urusan perdagangan, jual beli, hutang dan sebagainya mengikut nilaian mata wang bukannya sistem barter
- Belanjawan :
Penentuan belanjawan seperti gaji, elaun, simpanan baitulmal, sewaan, cukai tahunan dan sebagainya berdasarkan mata wang. Contoh bayaran gaji tentera kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiah
- Lambang Negara Islam :
Mata wang menjadi artifak penting sebagai bukti keislaman sesebuah negara.Mata wang menjelaskan agama, sistem pemerintahan dan pentadbiran serta pengaruh yang diterima oleh sesebuah negara.


No comments:
Post a Comment