Ekonomi Islam merupakan aktiviti manusia dalam urusan perniagaan, urus tadbir kewangan dan pengurusan sumber manusia yang berasaskan kehendak Ilahi. Konsep Rububiyyah wujud dalam ekonomi Islam. Ia bertujuan menekankan bahawa Allah SWT sebagai penguasa yang telah membuat peraturan muamalah bagi memelihara kehidupan makhluk demi kebahagiaan dunia dan akhirat.
Ekonomi Islam turut menekankan konsep tazkiyyah yang bertujuan untuk membentuk kesucian jiwa dan ketinggian akhlak melalui pembersihan harta dengan mengeluarkan zakat dan bersedekah. Pembersihan jiwa dapat dibentuk dengan mengikis sifat bakhil dan kedekut, tamak haloba dan eksploitasi kepada sifat pemurah dan dermawan, zuhud dan qana’ah serta kompromi dan pengagihan sama rata serta sikap saling kerjasama dan bantu membantu. Pembersihan interaksi dan kemanusiaan dapat diwujudkan dengan peluang-peluang yang sama rata di dalam aktiviti ekonomi atas jalinan silaturrahim tanpa ada unsur-unsur pilih kasih ataupun kerana darjat.
Konsep manusia sebagai khalifah Allah adalah membawa erti manusia merupakan pemegang amanah yang perlu memakmurkan dunia dengan unsur- unsur tauhid dan Rububiyyah. Dunia dan harta kepunyaan manusia bukanlah bersifat mutlak, bahkan ia adalah ujian dan amanah Allah SWT. Kesedaran pemilik secara ini akan menjadikan manusia mengurus pemilikannya secara yang diredhai oleh Allah SWT.