Pages

Ciri-ciri umum ekonomi Islam

Ciri-ciri umum ekonomi Islam adalah melibatkan aspek-aspek berikut:

i .Aktiviti ekonomi yang tidak bercanggah dengan syarak adalah sebahagian daripada tuntutan Fardhu Kifayah. Oleh itu, kegiatan ekonomi haruslah diasaskan kepada dua prinsip iaitu : 

  • Aqidah : Kepercayaan kepada Allah kerana segala kegiatan adalah di bawah penguasaan-Nya dan mempunyai niat yang satu iaitu mencari keredaan Allah semata-mata. 
  • Syariat : Segala kegiatan ekonomi haruslah menurut peraturan yang telah digariskan oleh Islam. Ini bermaksud kegiatan ekonomi adalah bersifat pengabdian diri kepada Allah dengan hanya mengharapkan balasan baik daripadaNya sahaja. 


ii. Kegiatan ekonomi Islam mempunyai cita-cita luhur, iaitu berusaha untuk mencari keuntungan individu di samping melahirkan kebahagiaan bersama bagi masyarakat. Dengan cara ini, gejala-gejala buruk dan tidak berakhlak dapat diatasi seperti sikap mementingkan diri sendiri, menipu, monopoli dan juga persaingan yang tidak sihat. 

iii. Aktiviti-aktiviti ekonomi Islam sentiasa diawasi oleh syariat Islam dan pelaksanaannya dikawal pula oleh pemerintah

iv. Ekonomi Islam menseimbangkan antara kepentingan individu dan masyarakat. Dengan cara ini seseorang individu itu tidak bebas mencari keuntungan terlalu maksimum iaitu dengan jalan yang tidak sepatutnya kerana dia perlu mengambil kira peraturan Islam dan keadaan hidup masyarakat yang lain

Kesimpulan

Islam sebagai sistem hidup yang lengkap dan sempurna telah mengetengahkan satu bentuk ekonomi dan kewangan yang ideal demi menjamin keuntungan individu dan masyarakat secara serentak. Pelaksanaan sistem ekonomi Islam secara sepenuhnya membawa kearah keamanan dan keadilan sosial. prinsip pegangan dalam ekonomi Islam ialah Allah (s.w.t) sebagai empunya mutlak segala harta kekayaan, manusia pula bertindak sebagai pihak pengusaha yang menjalankan amanah dengan baik , mengamalkan dasar terbuka, tolong-menolong dan bekerjasama dalam masyarakat. Pelaksanaan sistem ini lebih penting lagi menjauhkan manusia dari kemurkaan Allah (s.w.t) dan penyakit hati seperti dengki, khianat, pergaduhan dan kezaliman yang kesannya akan merugikan umat Islam sendiri secara keseluruhannya.

Pembangunan Ekonomi - Bank Islam

Bank Islam



  • Hasil usaha bersungguh-sungguh ulama’ Islam yang ingin memastikan umat bebas dari belenggu riba , maka lahirlah Bank- bank Islam dibeberapa buah negara seperti berikut:
                             a. Bank Islam Dubai(1975).

                             b. Bank Islam Faisal, Mesir(1977) .

                             c. Bank Islam Faisal, Sudan (1978) .

                             d. Bank Kewangan dan Pelaburan Islam , Jordan (1978) .

                             e. Bank Islam Bahrain (1979) f. Bank Islam Abu Dhabi ( 1980).


  • Ciri-ciri penting yang terdapat pada Bank Islam adalah seperti berikut: 
                            a. Aqidah Islamiah sebagai asas segala aktiviti.

                            b. Pelaburan untung bersama sebagai nadi dan daya penarik .

                            c. Pembangunan sebagai peranan dan perkhidmatan .

                            d. Positif sebagai tenaga dinamik .

                            e. Sosial sebagai motif ke arah keadilan dan perimbangan .

                            f. Aneka jenis sebagai jawapan terhadap cabaran semasa.